Puan Regina binti Mohd Ariff, seorang ibu tunggal dari Kampung Melayu Subang, Shah Alam, menghadapi pelbagai kesulitan setelah kematian suaminya. Tanpa pekerjaan, beliau hanya bergantung pada pencen penakat suami sebanyak RM1,800 sebulan untuk menyara enam ahli keluarganya. Dua orang anaknya masih bersekolah, manakala tiga lagi masih kecil dan belum bersekolah, menambahkan beban kewangannya.
Kehilangan suami bukan sahaja meninggalkan kesan emosi yang mendalam, malah menyukarkan beliau untuk memenuhi keperluan harian. Kos hidup yang tinggi dan keperluan pendidikan anak-anak membebankan beliau. Justeru itu kami menziarahi keluarga beliau dan bantuan kewangan telah disalurkan oleh pihak sukarelawan kami untuk meringankan bebannya.

