Rasidah binti Basir, seorang pemandu van sekolah dari Kg. Melayu Subang, Shah Alam, hanya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan. Beliau perlu menanggung empat orang anak saudara yatim piatu yang masih bersekolah selepas kematian ibu bapa mereka.
Disebabkan pendapatan yang terhad, Puan Rasidah sukar menyediakan keperluan asas seperti pakaian seragam, buku sekoah, dan keperluan harian untuk anak-anak tersebut. Justeru, bantuan kewangan telah disalurkan oleh pihak sukarelawan kami untuk meringankan bebannya.

