Tentang Kami
Membangun Masyarakat Sihat dan Prihatin
Pertubuhan Kebajikan Al-Arif
Pertubuhan Kebajikan Al-Arif (Al-Arif Care), yang berdaftar dengan nombor PPM-020-10-13072021 pada 13 Julai 2021, merupakan sebuah organisasi yang komited dalam membantu masyarakat khususnya dalam bidang kesihatan.
Nama “Al-Arif” yang membawa maksud “bijaksana” mencerminkan pendekatan pertubuhan ini dalam menangani isu kesihatan secara strategik dan berkesan.
Dengan moto “Kami Peka Kami Cakna”, Al-Arif Care menekankan sikap prihatin dan kerjasama erat dalam menyelesaikan masalah kesihatan masyarakat.
Matlamat Pertubuhan
- Merancang program kearah kebaikan ahli dan masyarakat dari segi pendidikan terutama dalam sektor kesihatan
- Menghubungkan ahli dan masyarakat dengan pihak berkenaan / berwajib untuk sebarang masalah dan tindakan dari segi kesihatan
- Membantu dan melengkapi usaha kerajaan dalam bidang kebajikan dan kesihatan menjurus kearah pembangunan kesihatan demi kebaikan umum
- Bekerjasama dengan ahli-ahlinya untuk mempertingkat dan memperkukuhkan aktiviti kebajikan bangi menangani masalah-masalah kesihatan
- Menganjur dan melaksanakan apa jua program dan aktiviti yang difikirkan sesuai dan bermanfaat untuk memupuk kearah masyarakat yang sihat
- Menerima sumbangan dari pihak kerajaan, swasta dan orang ramai untuk pertubuhan menjalankan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan pertubuhan.
Dengan komitmen yang tinggi, Al-Arif Care berhasrat untuk terus memberi impak positif dalam pembangunan kesihatan masyarakat. Setiap langkah yang diambil adalah selaras dengan objektif penubuhannya, iaitu mewujudkan masyarakat yang sihat, prihatin, dan sejahtera.
