Ziarah Encik Jumal

Encik Jumal Bin Hanif, ketua isi rumah bagi tujuh ahli keluarga di Kg Bukit Kuching, Kuala Selangor, menghadapi krisis kewangan dan penjagaan kesihatan yang serius. Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM1,000 sebulan, disumbang oleh hanya dua ahli yang bekerja sebagai pekerja am kilang.

Beliau sendiri tidak dapat bekerja secara tetap kerana terpaksa menjaga isteri dan seorang anak yang lumpuh akibat penyakit strok. Bagi menampung keperluan asas, Encik Jumal hanya menjual juadah sarapan secara kecil-kecilan di rumah.

Keadaan ini menyebabkan keluarga tersebut hidup dalam kemiskinan dengan bebanan penjagaan pesakit yang tinggi, tanpa pendapatan yang mencukupi untuk keperluan asas dan perubatan.