Ziarah Puan Zabidah

Puan Zabidah binti Omar, seorang pesakit ESRF (End Stage Renal Failure) sejak 6 bulan lalu, kini tidak lagi mampu berjalan sendiri tetapi masih boleh duduk dengan bantuan. Baru-baru ini, tapak dialisisnya dijangkiti kuman selepas pemasangan baharu, menambahkan kesakitan yang ditanggungnya.

Antara keperluan harian Puan Zabidah termasuk lampin dewasaprobiotik untuk kesihatan usus, susu Nephro sebagai nutrisi tambahan, dan iron tablet untuk mengatasi anemia. Kos rawatan dan keperluannya amat membebankan keluarga.

Sumbangan ikhlas amat diperlukan untuk meringankan beban Puan Zabidah. Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini dengan sokongan semua pihak.