Ziarah Puan Marfuah

Puan Marfuah, warga Indonesia yang telah lama menetap di Kg Bukit Kuching, Kuala Selangor, merupakan ketua isi rumah selepas kematian suami. Beliau mempunyai lima orang anak. Pendapatan keluarga adalah tidak tetap dan di bawah RM2,500, disumbang dirinya sendiri sebagai pembantu restoran dan anaknya sebagai pembantu bengkel besi.

Tiga daripada lima anaknya mempunyai taraf Penduduk Tetap, manakala dua orang lagi adalah stateless, menyukarkan mereka mendapatkan pekerjaan stabil. Seorang anaknya adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) buta dan lumpuh seluruh badan akibat sawan daripada trauma psikologi.

Keluarga ini pernah menerima bantuan zakat tetapi telah dihentikan atas masalah birokrasi, menjadikan situasi kewangan mereka semakin genting.